nav-left cat-right
cat-right

KISAH NABI SALEH DAN KAUM TSAMUD

Nabi Saleh A.S. dengan rasa rendah hati menghadap ke hadrat Allah SWT berdoa, bermohon kepadaNya agar memberikan kepadanya satu mukjizat bagi membuktikan kebenaran risalah dan ajarannya sekaligus mematahkan segala tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia bermohon kepada Allah SWT supaya menciptakan seekor unta betina yang dikeluarkan daripada sebuah batu karang yang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit di situ.

Maka sejurus kemudian dengan keizinan daripada Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu karang itu dan keluarlah seekor unta betina daripadanya. Dengan menunjukkan kepada binatang yang baru keluar daripada perut batu besar itu, berkatalah Nabi Saleh A.S. kepada kaumnya; “Inilah unta yang Allah SWT telah datangkan kepada kamu sekalian sebagai bukti. Oleh itu janganlah kamu ganggui dia dan biarkanlah dia mencari makanannya sendiri di atas muka bumi Allah SWT ini. Dan satu perkara lagi iaitu, unta ini akan bergilir-gilir dengan kamu dan ternakan kamu bagi mendapatkan air minuman dan ketahuilah bahawa Allah SWT akan menurunkan azab-Nya sekiranya kamu cuba mengganggu unta ini.”

Unta Nabi Salleh A.S. bebas berkeliaran memakan rumput sesuka hatinya tanpa gangguan. Begitu juga, apabila tiba gilirannya untuk minum air, tiada seekor binatang lain berani menghampirinya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pada pemilik-pemilik binatang itu yang makin hari semakin merasakan bahawa dengan kedatangan unta itu di tengah-tengah masyarakat mereka itu merupakan gangguan, bagaikan duri yang melintang di dalam kerongkong. Tetapi, dengan berhasilnya Nabi Saleh A.S. mendatangkan mukjizat itu, maka gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usaha mereka ingin menjatuhkan dan menghilangkan pengaruh Nabi Sa leh A.S. bahkan sebaliknya telah menebalkan pula kepercayaan orang ramai dan menghilangkan rasa ragu-ragu ter hadap ajaran yang dibawa olehnya. Kini dendam kaum Tsamud semakin kuat.

Mereka berusaha pula untuk menghasut para pemilik-pemilik ternak agar mem bunuh unta itu dan kemudian mengusir Nabi Saleh A.S. keluar daripada kota itu. Satu kumpulan ditubuhkan oleh orang-orang dari kaum Tsamud bagi mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh A.S. itu. Rancangan itu dikuatkan lagi apabila muncul seorang janda bangsawani yang kaya raya, menawarkan akan menyerahkan dirinya ke pada sesiapa sahaja yang berjaya mem-bunuh unta Nabi Saleh A.S. Di samping janda itu, seorang wanita lain yang mempunyai beberapa orang anak perempuan yang cantik menawarkan tawaran yang sama seandainya ada orang yang berhasil membunuh unta itu.

Tawaran-tawaran seumpama itu dan berserta dengan rasa benci terhadap kaum Nabi Saleh A.S. akhirnya menarik perhatian dua orang pemuda daripada kaum Tsamud yang bernama Mushadda’ bin Muharrij dan Qudar bin Salif de ngan bantuan tujuh orang pemuda lain menampilkan diri mereka untuk pergi membunuh unta itu. Lalu mereka pergi bersembunyi di suatu tempat di mana biasanya dilalui oleh unta itu dalam perjalanannya ke perigi tempat ia minum. Di situlah berakhirnya hidup unta yang tidak berdosa itu apabila panah yang diajukan oleh Musadda’ mengenai betisnya disusuli pula oleh Qudar dengan menikamkan pedang di perut unta itu.

Dengan rasa bongkak dan sombong, pergilah para pemuda pembunuh unta itu keliling kota menyampaikan berita pembunuhan unta Nabi Saleh A.S. yang mendapat sambutan sorak-sorai dan riang gembira daripada orang ramai seakan-akan mereka baru kembali dari medan peperangan dengan membawa kemenangan yang gilang-gemilang. Ada di antara mereka mengejek-ejek mencabar Nabi Saleh A.S. dengan berkata: “Wahai Saleh, untamu telah kami bunuh. Oleh itu cubalah pula engkau datangkan kepada kami tentang ancaman sepertimana yang engkau janjikan, jika engkau sungguh-sungguh termasuk di dalam orang-orang yang sentiasa benar dalam berkata-kata.”

Nabi Saleh A.S. menjawab: “Telah aku peringatkan kepada kamu sekalian, bahawa Allah SWT akan menurunkan azab-Nya ke atas kamu jika kamu mengganggu unta itu. Maka dengan terbunuhnya unta itu, tunggulah kamu saat tibanya giliran kamu pula menerima azab yang Allah SWT telah janjikan. Kamu telah menentang Allah SWT, dan terimalah kelak akan akibatnya. Sesungguhnya janji Allah SWT tidak pernah meleset. Kamu sekalian boleh bersuka ria dan bersenang-senang hanya selama tiga hari, kemudian datanglah balasan Allah yang setimpal pada hari yang keempat. Demikianlah kehendak Allah SWT dan takdir-Nya yang tidak dapat dihalang atau dielakkan.”

Ada setengah pendapat daripada para ahli-ahli tafsir mengatakan bahawa, Al lah SWT sengaja memberi waktu selama tiga hari kepada kaum Tsamud, bagi memberi kesempatan kalau-kalau mere ka sedar akan dosa yang mereka lakukan dan bertaubat meminta keampunan seterusnya beriman kepada Allah SWT Namun kaum Tsamud tetap mengengkarinya, bahkan mengejek Na bi Saleh A.S. supaya menpercepatkan tempoh waktu datangnya azab yang dijanjikan dan tak perlu menanti selama tiga hari lagi.

Sebelum turun azab daripada Allah SWT, Nabi Saleh memberitahu kepada kaumnya bahawa azab Allah yang akan menimpa ke atas mereka itu akan didahului dengan tanda-tanda melalui tiga peringkat. Iaitu di peringkat hari yang pertama, wajah mereka akan menjadi kuning dan berubah kepada warna merah pada peringkat hari yang kedua dan berubah sekali lagi menjadi hitam berkilat pada peringkat hari yang ketiga sete rusnya turunlah azab Allah SWT yang amat pedih.

Setelah mendengar akan ancaman azab yang dijanjikan oleh Nabi Saleh A.S. kaum Tsamud terdiri daripada Mushadda’, Qudar dan tujuh orang pemuda lain cuba merancang untuk membunuh Nabi Saleh A.S. Mereka bercadang mem bunuh Nabi Saleh di waktu malam hari bagi mengelakkan dari pengetahuan pengikut-pengikutnya. Tetapi Allah SWT tidak terus membiarkan hamba-hamba-Nya yang kafir itu membunuh Rasul-Nya sepertimana yang berlaku terhadap unta Nabi Saleh A.S. Sewaktu mereka pergi ke tempat Nabi Saleh A.S. bagi melaksanakan rancangan pembunuhan di malam yang gelap dan sunyi itu, tiba-tiba satu longgokan batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya menimpa ke atas mereka sehingga mengakibatkan kematian. Demikianlah Allah SWT telah melindungi Rasul-Nya dari perbuatan mungkar dan niat jahat kaum Tsamud.

Nabi Saleh A.S. diperintahkan oleh Al lah SWT supaya meninggalkan kota Hijir dan kemudiannya menuju ke Ramlah, sebuah daerah di Palestin. Sebaik-baik sahaja Nabi Saleh A.S. berserta para pengikut-pengikutnya keluar daripada situ, Allah SWT telah menurunkan azab-Nya yang amat dahsyat disusuli dengan panah petir dan gempa bumi menghancurkan bangunan, rumah-rumah serta menelan kesemua penduduk- penduduknya.

Demikianlah keadaan yang berlaku terhadap kaum Nabi Saleh A.S. iaitu suku Tsamud yang engkar kepada perintah-perintah Allah SWT Di dunia lagi Allah SWT telah musnahkan kehidupan mereka sebelum menerima azab seksaan yang lebih pedih di akhirat nanti. Apa yang dapat kita jadikan pelajaran daripada kisah Nabi Saleh A.S. ini, bahawa kerana dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sebahagian kecil sahaja boleh mengakibatkan seluruh masyarakat yang lain turut binasa.

Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah SWT agar kita melakukan ‘amal makruf nahi mungkar’. Kerana dengan melakukan tugas itu, setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran dan maksiat, kita telah berjaya mengelakkan diri dari dosa bersubahat atau menyetujui pekerjaan mungkar itu. Bersikap sambil lewa, acuh tidak acuh terhadap maksiat serta kemungkaran yang berlaku di hadapan mata, bererti kita secara tidak langsung telah sama-sama terlibat di dalam perbuatan mungkar itu.

Print Friendly
You might also likeclose